Selamat datang ke Wikipedia,
sebuah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 12 Ogos 2003.
Kini, kami mempunyai 121,696 buah rencana.
Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri
serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika
Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas
al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil. Para
perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke dalam Menara
Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New
York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan
pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa
dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami
kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke dalam bangunan
Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang
yang keempat pula terhempas di atas kawasan berdekatan pekan
Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan
kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan
oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan
Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat
terkorban.
Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam
serangan. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun
2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi
ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia. Di
kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade
Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New
York dan Lembaga Pelabuhan. 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke
atas Pentagon. Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam,
termasuk warga 70 negara. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu
kematian tak langsung, mati akibat penyakit paru-paru kerana terdedah
kepada habuk runtuhan World Trade Center.
New York merupakan bandar raya yang teramai penduduknya di Amerika
Syarikat, dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah
kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai bandar
raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap
perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen,
penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia.
Tahukah anda...
"... bahawa universiti purba Nalanda digelar "antara universiti
terulung pertama dalam sejarah"?"
"... bahawa terdapat lebih daripada 300 jenis baka merpati hias di
seluruh dunia kini?"
"... bahawa hak empunya bangkai kapal Flor de La Mar yang masih belum
dijumpai menjadi kontroversi hingga kini?"
"... bahawa perkembangan pranatal ialah proses gestasi janin manusia
sewaktu kehamilan, dari persenyawaan hingga kelahiran?"
Wikipedia merupakan projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan
bermotif keuntungan yang juga mengendalikan beberapa projek pelbagai
bahasa yang lain.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons
Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin
terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
